Author Archive
My Heart
Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu
pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart
pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart
WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG
Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah ini biarlah tersemat didalam jiwa…
Kira-kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
“Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.”
“Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.”
“Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.”
“Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).”
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam
***Quoted from another blog, selalunya MQ tak suka copy paste ni, tapi citer ni memberi kesedaran..takutnya kalau apa2 terjadi dan tak diampunkan suami..
The Naked Chef – Curry Fest
I was flipping through the channel, so bored semua citer kat Astro dah tgk…I just cant bear to watch the hitchhiker guide again, and another 2 channels movie pon ntah apa2…last2 tgk je la cooking show, kebetulan episode the naked chef kali ni tak penah tgk lagi…curry fest, jamie oliver buat lemon pickle, curry sauce , nasik sempoi, ala nasik minyak tapi lagi mudah cooking style nya..and the coriander dip..huhuhuu..terus teringat dip yg selalu mkn dgn ayam tandoori…isk isk..
Tapi apa kan daya hubby keje shift mlm, so no chance la nak pi mkn tandoori kat mamak..rupanya tak la susah sgt buat coriander dip tu…and dok kagum dgm food processor dia..sekali sumbat je semua hancur..banding kalau pakai blender biasa..terhegeh2 kena blend dua tiga round kalau rempahnya byk…well that will be my next wanted list…maybe birthday gift next year, yer hubby…org birthday gift mintak jewellery, intan berlian, MQ mintak brg rumah…the year before nak oven, this year mesin jahit..next year food processor, next next year pressure cooker, satu tahun lagi nak dryer, pastu nak bread maker..muahahahhaha…
OK la nak pi mkn mee bandung…sejak hubby keje shift mlm ni rajin la memasak dinner cum lunch..sebab mkn lunch kul 8 mlm..then masak bekalan utk hubby..kesian dia nak mkn mamak je kul 3-4 pagi tu…might as well mkn masakan dr rumah…mee goreng, bihun singapore, spaghetti, n mlm ni mee bandung…
till later, next week nak masak apa la gamaknya ek….huhuhuhu..kena pikir menu baru sebab hubby lunch dulu before masuk shift UK…have a great weekend ppl…i will update on my kelas bunga telur next monday…tata!
Open House Hari Raya
Waduh..letih sungguh 2-3 hari ni..bermula dari hari Jumaat mlm bertungkus lumus menyiapkan bahan2 nak masak pagi Sabtu utk open house sampai la ke dinihari Rabu ni membasuh pinggan mangkuk, periuk belanga semua…
tapi sambil2 tu sempat lagi berkejar ke pos ofis pos order client on Monday…pos rempah 17kg ke jepun ptg selasa, pos rempah soto ke Seremban sebab ada yg nak buat kenduri doa selamat mkn soto..pos kon mengkuang utk client yg order masa tgh2 raya…
apa2 hal walaupon first time buat open house sejak kawin 3 tahun ni…kira buleh dikatakan berjaya jugak la open house tu..semua makanan cukup..masing-masing ada pilihan nak mkn apa, yg pedas, tak pedas, berkuah, western, tradisional…
dalam pada kelam kabut di dapor mencuci sudu garfu besi…(dah letak yg plastik tapi yg besi jugak org pilih…) dpt juga jumpa dan sembang ngan kwn2 lama..mmg dah selalu sembang online or email..tapi open house ni dpt jumpa depan2…kwn2 ofis hubby pon ramai yg dtg…ingatkan diorang segan..kwn sekolah dulu, kwn kat U, kwn ofis lama semua dtg mostly…kwn blog, kwn meniaga..sempat jugak tu jual brg…bukan la nak meniaga sgt tapi kebetulan mmg ejen2 nak dtg amik brg, yg client nak collect tempahan..kira ok la kan 3-in-1 la tu, dtg beraya, mkn2 dan menyelesaikan urusan bisnes…hahahha
ada jugak kwn russian yg dtg all the way dr singapore, pantas betul dia drive 2 1/2 jam dah sampai kl..katanya drive 160km/h…hahahha..tunggu je la saman tu..tapi mungkin juga ops sikap dah habis sebab dah baper minggu dah ni..ke blom ek?
overall mmg best la dpt buat open house ni..cuma bila dah ramai rasa mcm nak cari umah yg lagi besar…kesian tetamu ada yg sampai mkn di tangga..nasib baik la tangga tu mmg luas..buleh duduk 2 org lagi atas tangga tu…kerusi2 lipat pon tak de..harapkan sofa dan kerusi meja mkn je…
catering nasik tomato pon berjalan lancar, tapi herannya kenapa lauk byk tak habis? ada yg diet tak nak mkn nasik kot…atau bak kata member yg dtg tu byk sgt pilihan makanan..ada lontong, ketupat dan serunding, cheese cake home baked tu…hehehe..ada spaghetti chicken (actually ni utk bdk2 yg tak tahan mkn pedas..) tapi tgk mak dan bapak bdk pon mkn sekali…tapi at the end of the day, tinggal saki baki je la…tuan rumah pon dah letih..nak mkn pon dah tak de tenaga…ada member german tu siap tapau bawak balik kuah kacang dan nasik impit lagi…hehehe…ada jugak yg tapau spaghetti n cheese cake…bila tgk semua org mkn rasa berbaloi tido kul 7 pagi siapkan bahan2 memasak hari jumaat tu..
3 tahun lagi boleh la buat open house lagi..tahun depan tak buat kot…nak pi open house org je…tu pon kalau ada yg buat la…sekarang ni rasanya mcm makin kurang yg nak buat open house..masing2 sibuk ngan anak2 yg tgh lasak..atau maybe jugak yg berjimat cermat dgn keadaan ekonomi sekarang ni…yg penting dpt jumpa berhari raya dgn kwn2…tak semestinya kena ada makan2…
to those yg dtg open house, terima kasih la kerana sudi dtg ke teratak buruk dan mkn hidangan yg tak seberapa…minta maaf la tak dpt layan tetamu dgn baik…nanti2 jgn serik nak dtg open house kami lagi yer…
TV Oh TV
Semlm member yg tolong repair tv dah bgtau..bad news..mmg tak dpt diselamatkan lagi tv2 ku itu…dvd player pon gone jugak…mmg kalau kena kilat..peluang utk diselamatkan mmg tipis..huhuhuhu…
nasib baik la pilih Wega hari tu…kalau tak menyesal jugak..ingatkan dpt la selamat tv yg kena sambar kilat..rupanya harapan hancur belaka…
lepas ni akan berjaga2…rasanya mcm nak hujan siang, akan cepat2 tutup suis semua…hai byknya dugaan sejak akhir2 ni..ada je mcm2 yg jadi…mintak lepas ni dikurangkan dugaan yg melanda..kdg2 rasa tak tertanggung dah…baik dugaan dari segi material yg nampak di mata atau yg tak nampak di mata…bak kata org berat mata memandang dan telinga mendengar, berat lagi bahu yg menggalas beban dan hati yg menahan perasaan tu…
oh gamba tulip di atas courtesy of humanfly58…cantek2 gambo tulip kat fotopagesnya, bestnya kalau dpt pi netherlands, rasa cam nak golek2 kat taman tulip tu..mana la tau ada rezeki kot esok2 hubby dpt keje kat overseas..dan2 saat tu jugak akan ku angkat bungkus tinggalkan mesia…(bunyi mcm keciwa je ngn hidup di mesia)…heheheh..
biasa la PMS, mcm2 benda yg bukan2 tak patut pikir pon dipikirkan jugak… semoga perasaan yg tak best ni akan cepat berlalu…
