Setiap bakal pengantin yang akan bersanding selalunya akan terbayangkan dirinya memegang hand bouquet/bunga tangan yang cantik, sesuai dgn baju pengantin yang akan digayakan di hari yg penuh bermakna tu kan?
Untuk yang nak mencari kelainan, atau pon yg nak menyimpan bunga tangan utk jangka masa yg panjang (fresh flowers mmg cantik, tapi selepas seminggu yang tinggal cuma hand bouquet holder saja..hehe) apa kata kita guna bunga tangan dari bunga dip. Bunga tangan di dalam gambar ini kombinasi cream dan putih.
Harga utk sejambak bunga yang siap bermula dari RM60 ke atas. Tapi untuk yang nak berjimat, boleh belajar buat sendiri.
Kelas asas bunga dip akan diadakan pada 6 Oktober 2012, Sabtu dari jam 2-5 petang. Yuran cuma RM100. Anda akan belajar cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang bersaiz mini, sesuai dgn jangka masa kelas yg cuma 3 jam. Asas bunga yang di ajar dalam kelas tu boleh diaplikasikan menjadi bunga tangan.
Nak buat corsage pon boleh..pendek kata semua terpulang pada kreativiti anda selepas dah belajar teknik asas.
Oh, demo utk buat bunga stokin pon akan ditunjukkan sekali sebab asasnya sama utk membentuk kelopak dawai tu.
Mari-mari belajar buat bunga dip. Memang boleh jimat banyak dari segi kos berbanding kalau di tempah, cuma masa dan tenaga anda saja yg perlu utk buat sendiri bunga-bunga ini. Kelas terhad 4 orang saja ye!