Bulan lepas di Geng Decoupage, ramai yang teruja dengan tisu corak rose warna pink yang dijual di kedai hiasan Romantika. Selepas menunggu giliran, akhirnya dapat juga sepeket tisu ini. Jadi bila sudah selesai kerja membuat bunga pahar, I pun mula terfikir nak buat plaque yang sesuai.
Kali ini I decided to do shading siap-siap atas board MDF yang dah di warna background dengan Jo Sonja Background color in white…(kes malas nak dab dengan span pakai gesso ni..)
Warna yang digunakan untuk shading adalah kombinasi baby pink, pine green dan ivory white. Ye, anda perlu ada beberapa warna untuk menghasilkan shading yang menarik. Berus angular juga perlu ada untuk hasil yang lebih baik.
So selepas berpuas hati dengan shading atas board, mula la kerja menggunting dan mengatur tisu di atas board. Kena pulak rearrange some of the motif sebab nak bagi muat tulisan salam tu..ok la bila dah tampal ada certain tisu yang ada lubang-lubang kecil tu berkedut pulak..alahai stress mak..
Bila dah setel varnish board (of course lepas dah trace wording dan color in tulisan salam yg ala-ala khat), ada pulak komen di Geng Decoupage kata hasil kerja yg dorang letak kat outdoor jadi pudar after a month..ni semua sebab tisu romantika made in china yg dah tentu kureng sikit kualiti warnanya..aduhai..mmg niaya ni kalau jual kat client..
So, dengan tak berapa mahir, I pun touch up la tisu tu dengan acrylic paint, color pink pulak terlebih terang dari warna asal tisu tu..tak pe la, kata nak letak kat dinding luar rumah kan..nanti lama-lama mesti semakin pudar di mamah cahaya matahari..hehe..dek kerana menyampah dengan kedut di bunga sebelah kiri, I pun sapu dengan opal dust.
Itulah hasil terakhir (rujuk gambar di atas) selepas berapa banyak cabaran yang terpaksa dilalui dek kerana nak guna tisu rose pink romantika ni..rasanya kalau guna untuk indoor decoration tak de masalah tentang warna yg pudar tu (eerrrr..tak pasti juga la..kena test satu dulu..)
Selama ni I usually use napkin dari jenama IHR, made in Germany…so far dah 6-7 tahun pun tak pudar warnanya..tapi tak pernah lagi gunakan as outdoor decoration.
With crafting ni mmg kita kena selalu mencuba untuk tau apa outcome dari art experiment. Kepada yang terasa nak mencuba membuat hasil seni untuk kegunaan sendiri, you are welcomed to join my next decoupage class, 10 March 2013, Ahad jam 2 petang. Bahan untuk kelas semua I sediakan, just dtg bawa diri je. Yuran RM60.
Setakat hari ini tempat masih ada untuk kelas decoupage berkenaan, jadi cepat-cepat daftarkan diri. Can sms 012.648.2121 atau email farah[at]bungatelur.com. Maklumat lanjut akan diberikan.