Kelas Decoupage 2013

Kepada yang mencari kelas decoupage, BungaTelur.com akan kembali membuat kelas asas March ini. Ramai yang bertanya sejak tahun lepas, namun memandangkan saya sangat sibuk sejak awal November menyiapkan 2 tempahan bunga pahar untuk pengantin March ini, terpaksalah saya membatalkan hasrat membuat kelas.

Jadi untuk yang ingin belajar asas decoupage menggunakan napkin/tisu, sila daftarkan diri kelas 10 March 2013, Ahad jam 2 petang di Puchong. Yuran masih RM60. Saya jangka jika penyertaan setakat 6 orang, Insya-allah dalam 2 jam lebih kita dapat menyiapkan hasilnya.

Antara hasil kerja tempahan kawan-kawan yang saya siapkan di tahun 2012 untuk dikongsi:

Untuk yang berhasrat menghias dapur supaya cantik dan lebih bersemangat untuk memasak:

Penghias patio sambil minum petang mencuci mata menikmati keindahan taman:

Dengan mempelajari asas decoupage, kreativiti tidak terbatas. Anda boleh menghasilkan hiasan rumah, cenderamata sempena Hari Guru anak-anak atau jika mempunyai masa dan semangat berniaga, boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Sila tinggalkan komen, email atau sms (rujuk pengumuman kelas di bahagian atas sekali) untuk menempah tempat kelas. Terhad 6 orang sahaja.

Leave a Reply