Untuk yang berminat mempelajari seni decoupage, kelas untuk bulan June akan diadakan pada 10 hb, Ahad 3-5 petang.
Anda boleh memilih untuk membuat decoupage di atas pinggan seramik seperti dalam contoh di gambar di bawah.
Yuran kelas adalah sebanyak RM60. Hasil kerja boleh dibawa pulang.
Jika anda tidak berminat membuat decoupage di atas pinggan, anda boleh memilih bingkai kayu IKEA bercermin seperti dalam gambar berikut.
Untuk yang berminat untuk menulis kata-kata puitis di atas hasil seni, cara-cara untuk menekap perkataan, mewarna dengan cat acrylic akan ditunjukkan. Kelas ini berbentuk praktikal.
Kepada yang serius untuk menyertai kelas 10 June, sila hubungi melalui SMS di nombor telefon tertera di ruang pengumuman atau boleh tinggalkan komen. Kelas terhad kepada 6 peserta sahaja.