Tips For Malay Wedding


Since a blogger friend requested that I write tips on preparing for Malay wedding, I have been thinking about all the usual checklist that people should come out with, whether they are the parents, the siblings of the pengantin or the bride or the groom themselves.

So in the spirit of Malay wedding, I’m going to write a few tips in Malay language, just to give a more deeper meaning to the joyous occasion..haha! If you need translation, do tell me later, ok!

redwedding.jpg

Tips yang pertama:

Paling penting pastikan bajet yang mampu dihabiskan untuk perbelanjaan majlis – resepsi makan, belanja untuk barang hantaran, harga cincin, baju pengantin dsb.

Tidak ada gunanya merancang itu dan ini kalau fulus nya tidak ada di poket. Keinginan utk mengadakan majlis sehebat fairy tale pon cuma tinggal impian kalau duitnya tidak cukup.

Utamakan apa yang penting, jangan sampai pengantin pompuan share duit hantaran sebab nak cover malu, biar jiran kata majlis hebat tapi lepas kawin tak mampu nak sewa rumah sendiri.

Kedua:

Pastikan jenis majlis yang ingin diadakan, adakah ia majlis ringkas, atau sederhana tetapi meriah, adakah pengantin akan bersanding, atau cuma majlis cukup syarat. Jika ada keinginan utk bersanding, berkompang, bersilat, menepung tawar dan sebagainya pastikan persiapan awal telah dibuat.

Pelamin mesti ditempah lebih awal, survey dan pastikan pasukan kompang dan silat masih available utk tarikh majlis anda. Kalau tidak, pasang saja mp3 kompang semasa pengantin berarak..apa nak buat semua kompang dah habis di booking masa cuti sekolah..haha! Ada kompang atau tidak yang penting dapat kawin.

Itu semua cuma kenangan dan memenuhi adat, yg penting akad nikah berjalan lancar. Jangan sampai pengantin lelaki kena mandi bunga sebab gugup tak ingat doa qunut!

Ketiga:

Pastikan orang-orang penting yang menjaga majlis berpuas hati. Kalau ada yg mmg semulajadi cerewet, cuba buat persiapan dari awal. Jangan last minute semua tangkap muat, sudahnya sampai ke tua diungkit sebab suami tak sewa kereta kuda mcm yang di idam utk berarak.

Selalu terjadi bila majlis anak, tapi mak nya yang beriya-iya nak buat ikut citarasa sendiri. Anak tak nak bersanggul lintang, tapi mak kata kena jugak baru la berseri atas pelamin.

Tapi selalunya keputusan muktamad terletak pada tangan pemegang saham terbesar..money talks! Jadi kalau pengantin ingin bersanding dgn baju ala punjabi dan sari walaupon pengantin tak ada darah India langsung, pastikan cukup bajet sendiri, bukan pakai bajet mak..melainkan mak mmg tak kisah dan ikut saja apa hajat anak yang nak kawin. Itu pon belum tentu mak tak berbunyi tak puas hati…hehe!

I think that will do for this Part I. I try to make it practical but if anyone need a more thorough tips, please consult me personally. I need to know what type of person you are, how much you plan to spend and what kind of preferences you have. No two events are alike so just because your neighbor managed to throw a lovely wedding for her daughter, or your friend had a lavish wedding at the hotel, it doesn’t mean you have to follow her through. Life after wedding needs more attention and sacrifice than those kenduri preparation, trust me!

3 comments

  1. tips yg berguna..sedikit sebanyak zino dah sediakan checklist..sprt mq kata.. fulus nya yg paling utama..

    list jemputan
    duit/barangan hantaran
    caterer/menu
    kerusi meja/
    kerusi meja/hidangan pengantin
    para penyambut tetamu/pakaian/tema
    cenderahati utk tetamu yg hadir
    musik?/DJ?

    majlis yg di cadang sederhana saja..

  2. wah nampak gayanya ni majlis sederhana tapi meriah ni..harap2 persediaan berjalan lancar, tapi kena jugak ada back up plan..mana la tau tiba2 yg diingini tu tak dpt, ada la pengganti pelengkap majlis..

    tapi tu la zaman sekarang ni ada duit semua boleh jadi mudah..cuma kalau dah last minit, ada duit pun belum janji boleh dpt apa yg dihajatkan..

  3. Hello

    Is there any chance you could tell me about Malay wedding in english? I am in KL now and will be getting married to my muslim boyfriend in april. And i dont know much about ur traditional wedding.

    Thank you so much

    Gosia

Leave a Reply