Sirih Junjung Express

Kelas Bunga Dip/Decoupage Nov 2009

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 November 2009, Sabtu
Masa: 2:00 – 5:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)
Yuran: RM100

Terhad kepada 10 peserta
********************************************

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat seni decoupage di atas mug seramik. Semua bahan akan disediakan.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 November 2009, Ahad
Masa: 3:00 – 5:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)
Yuran: RM60

Terhad kepada 10 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke [email protected], atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang berminat.

Deposit 50% diperlukan. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Tidak dibenarkan membawa kanak-kanak dan bayi ke kelas.

Untuk melihat contoh bunga dip / decoupage yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

sirihjunjungy.jpg

Last Thursday, a client called and asked whether I do sirih junjung. As a matter of fact, I do accept orders for sirih junjung provided I have the raw materials available.

I thought those Indians who used to sell sirih by the roadside will be selling sirih and flowers as usual, but just as they said, whenever you need something, it will be hard to find one.

So I have to go to KL to get supply on Friday. Along Jalan Masjid India there were few stalls selling flowers and sirih, though there was no sirih Melayu. Even the Chinese florist was using limited sirih for her sirih junjung arrangement.

Luckily my client didn’t have any special request regarding the flowers. I have to buy Indian sirih since that’s the only choice I have. I kind of bought all from the Indian aunty. Instead of 100 pieces I managed to buy 80 but small pieces..huhuhu..

I think I have to continue with my plan to have a herbal garden at the back of my yard soon. Next time I wouldn’t have to go to Kl to get the supply. Of course there are other shops around Puchong, Kajang or Serdang, but hunting for items when time is limited is not a fun job to complete. Furthermore I’m short of few supply for my bunga telur orders too and need to get the ready made bunga kapur, pinang and gambir. This time I tried to do my own bunga pinang and it looks just fine for beginner…hehe!

On Sunday I went to visit a friend who came back from Japan and now I have a new supplier for sirih Melayu. In fact my friend’s FIL promised to get the plants from his friend so that I can grow my own sirih soon…hehehe..networking do help in life and business! 🙂

3 comments

  1. pergh, last minute pun boleh bikin sirih junjung. kalau aku nangis nak kena carik otai otai yg semestinya dok luar KL. memang susah gak nak cari daun sirih, even yg banyak jual pun kat area masjid india tu. kayo macik jual tu… teringat petua jagaan dalaman wanita, air daun sirih memang elok. tapi tak boleh amal selalu sebab boleh sebabkan kanser. what ever la. janji bahagia

  2. salam… puan..sekadar info… Perbadanan Adat melayu dan warisan negeri selangor akan anjurkan pertandingan gubahan sirih junjung… sekiranya berminat details adalah seperti dibawah :-
    Syarat Pertandingan

    1. Terbuka kepada individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

    2. Gubahan perlu menampilkan ciri-ciri berikut :-
    a. Daun sirih, kapur, pinang, gambir, tembakau, bunga cengkih dan sebagainya.
    b. Reka bentuk menegak – menjulang ke atas
    c. Disusun di atas dulang berkaki.
    d. Hiasan tambahan mengikut kesesuaian.

    3. Pemarkahan akan dinilai berdasarkan :-
    a. Menampilkan ciri-ciri keMelayuan negeri Selangor.
    b. Cara peragaan – menghidang dan susunan Sirih Junjung.
    c. Hiasan sampingan yang mengekalkan ciri warisan.

    4. Peserta perlu menyediakan dan membawa sendiri segala bahan dan kelengkapan untuk membuat gubahan. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam.

    5. Penyertaan adalah percuma dan tidak terhad. Peserta boleh mendaftar terus pada hari pertandingan. Pendaftaran awal digalakkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

    6. Keputusan para juri adalah muktamad.

    Hadiah Pertandingan Gubahan Sirih Junjung

    Tempat pertama RM 500 x 1
    Tempat kedua RM 400 x 1
    Tempat ketiga RM 300 x 1
    Tempat keempat RM 200 x 1
    Tempat kelima RM 100 x 1
    Saguhati RM 50 x 20

    Borang boleh didapati dilaman web http://www.lms.ov.my dihantar melalui fax dan sebarang pertanyaan hubungi urusetia pertandingan di :-

    Urusetia Pertandingan Sirih Junjung,
    Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT),
    D/A Muzium Sultan Alam Shah,
    Persiaran Bandaraya,
    40000 Shah Alam, Selangor.
    Tel : 03-5519 0050/ 5510 3220/ 5510 3190
    Fax : 03-5510 1799
    Laman web : http://www.lms.gov.my

    Urusetia :
    En. Mohd Zainuddin b Abdullah
    Cik Norhayati bt Md. Yatim
    Pn. Siti Azwana bt Jupri

    * Salinan borang photostat juga diterima.

Leave a Reply