Archive for 2006
TV Oh TV
Semlm member yg tolong repair tv dah bgtau..bad news..mmg tak dpt diselamatkan lagi tv2 ku itu…dvd player pon gone jugak…mmg kalau kena kilat..peluang utk diselamatkan mmg tipis..huhuhuhu…
nasib baik la pilih Wega hari tu…kalau tak menyesal jugak..ingatkan dpt la selamat tv yg kena sambar kilat..rupanya harapan hancur belaka…
lepas ni akan berjaga2…rasanya mcm nak hujan siang, akan cepat2 tutup suis semua…hai byknya dugaan sejak akhir2 ni..ada je mcm2 yg jadi…mintak lepas ni dikurangkan dugaan yg melanda..kdg2 rasa tak tertanggung dah…baik dugaan dari segi material yg nampak di mata atau yg tak nampak di mata…bak kata org berat mata memandang dan telinga mendengar, berat lagi bahu yg menggalas beban dan hati yg menahan perasaan tu…
oh gamba tulip di atas courtesy of humanfly58…cantek2 gambo tulip kat fotopagesnya, bestnya kalau dpt pi netherlands, rasa cam nak golek2 kat taman tulip tu..mana la tau ada rezeki kot esok2 hubby dpt keje kat overseas..dan2 saat tu jugak akan ku angkat bungkus tinggalkan mesia…(bunyi mcm keciwa je ngn hidup di mesia)…heheheh..
biasa la PMS, mcm2 benda yg bukan2 tak patut pikir pon dipikirkan jugak… semoga perasaan yg tak best ni akan cepat berlalu…
Tsunami? Tsunami Wang La Pulak…
Selalu dpt email spam tentang benda2 mcm ni..tiba2 je jump dari satu blog ke blog lain tergerak hati nak klik link ni..actually apa bendanya Tsunami wang ni..mmg la dia kata beli ebook dgn harga RM50.00, tapi isi ebook tu pasal apa plak..kalau bukan MLM, bukan pyramid scheme..mcm mana buleh generate duit sampai boleh beli BMW…
musykil, musykil…kalau ada duit lebih yg mmg tak nak pakai..mmg MQ dah beli ebook ni..nak tgk sikit isinya..dan kalau bermanfaat boleh jugak dikongsi..tapi kalau byk yg tak leh guna, baik sedekah aje RM50 tu kat fakir miskin…untung2 dgn berkat doa si fakir miskin tu duit MQ pon bertimbun mcm lumpur lepas tsunami….hahahha…
still wonder what’s inside the ebook…tak pe la lupakan je la..RM50.00 tu boleh buat modal beli rempah lagi…hahahhaha….
Kilat dan Guruh
Lepas post entry hari Jumaat lepas, still online sambil2 buat apa yg patut…dalam pukul 5 lebih rasanya..dgr kilat dan guruh..rilek lagi online klik2 mouse mcm biasa…tv kat bawah as usual la on stand by mode..tak terfikir nak tutup ke apa..biasa la hari2 pon hujan sekarang ni….
dan tak semena2..dgr guruh yg kuat berdentum…huhuhuhu…black out..mesti trip power kat bawah ni..tapi sebabtgh guruh kilat kat luar..tak berani nak on balik …rilek dulu..call hubby kat ofis..bagitau kata black out…hubby suruh call TNB…
call TNB dia kata nak hantar org check…dalam sejam lepas tu beranikan diri check kat fius box tu..mmg betul satu down..so on balik ada la letrik..bila check tv…waaaa…tak leh on langsung..remote kot kurang bateri…tapi standy by light pon tak menyala langsung…
check tv dlm master bedroom pon sama..DVD player pon tak menyala..sah la ni dah terbakar dek kilat…
masuk bilik komputer…modem pon gone…cordless phone pon dah tak masuk line…dah la tv pon jahanam, nak online pon tak buleh ke..isk isk….hubby kata dia cuba balik dinner…nak tgk apa yg jadi…
tiba2 ada call kat phone bawah..rupanya org TNB dah ada depan rumah..dia kata nak check kat box luar tu…semua ok dia kata…harap2 tak jadi lagi la mlm ni…hubby kul 1am baru nak balik..time hubby keje shift 3-12 ni la dia nak jadi mcm2…
so duduk la di rumah yg sunyi dan sepi tanpa tv dan internet..nasib baik la radio kat dlm bilik tu ok lagi..sambil jahit manik di baju, tampal batu kristal kat baju kurung baru…menghitung jam bila la hubby nak balik…turun bawah, lepak kat sofa…baca buku n majalah..terlelap lagi…punya la bosan hidup saat tu…
pukul 12 call hubby dia kata ada problem besar kat Europe…waaaaaaa last2 kul 2 baru sampai rumah..nasib la tak black out lagi..kalau tak, tak tau la apa nak jadi…bila balik dah check mmg konpem la modem, dvd player, tv 2 bijik semua nya rosak di sambar kilat…surge protector pon boleh jahanam sekali…kena claim insurance ni…
hari sabtu terus pegi beli modem baru, hantar tv dan dvd player ke rumah kwn yg pandai baiki brg2 letrik ni..tu pon dia kata tak janji buleh betulkan ke tak..kalau spare part tv lagi mahal dr harga tv baru baik la beli je yg baru…
seharian sabtu tu dah dpt la online balik…sempat lagi beli stok stokin utk tempahan tambahan client kat kl…masuk je ahad mula la rasa moody….rupanya tak leh hidup tanpa tv..ingatkan tak pe kalau tak de tv pon…
keluar pegi alamanda…dan akhirnya dpt satu Wega..21 inci je la…lepas raya ni semuanya kopak dan pokai..tiba2 jadi plak dugaan tv meletup…isk isk..bersyukur la hubby baik hati belikan tv baru sementara nak tau apa nasib tv2 yg berdua itu…
dan hari ni..hidup pon menjadi normal..cuma sekarang cuak2 sebab hujan lebat kat luar…ya Allah jgn la kilat menyambar brg2 letrik di rumah ku lagi….
semoga selamat la hidup di dlm monsoon season ni….
Dark Cloud, Heavy Rain
These past few days asyik2 hujan sampai ke mlm…bila hujan mula hati pon rasa gloomy, sama gelap mcm langit kat luar…
I hate it when it’s monsoon season…suasana jadi mcm kelam, tak bersemangat nak buat apa2 pon..esp. bila tak de sapa nak share, or nak borak time2 org cuti raya panjang ni…bosan sungguh…kenapa la semua nak balik cuti raya lama2…
Dah cuba buat popia mini inti serunding ikan..tapi asyik2 tak menjadi….bila Manz Delight kat alamanda tu bukak, nak borong lagi sekarung popia mini tu…kalau tak sedap pon tak pe la..janji rupa dia elok nak letak dlm balang kuih raya…maybe mmg tak de bakat nak buat kuih muih raya ni…semlm pon buat dua jenis cookies..tapi hasil tak menarik..tapi hubby kata mmg kuih raya rasa camtu…cornflake madu sebalang dah dibawak ke ofis hubby…semua bdk2 department termasuk boss dia dok ulang mkn cornflake madu tu…heheheh agaknya mmg tak de bakat bila buat kuih2 bertepung ni..nampak gaya buat cornflake madu je la seumur hidup…hahahha..teringin nak buat biskut suji, tapi sis in law dah bagi separuh tupperware..cuma nak mkn suji yg lembut, lemak dan cair dlm mulut….yg beli pon mcm keras…maybe taste sendiri yg cerewet sgt kot…org lain dah rasa sedap pon still rasa mcm tak cukup bagus…
Guruh kilat kat luar…alahai..kalau hujan petang sampai ke mlm, tak best la plan nak buat open house nanti..nampak gaya tak jadi la nak buat BBQ kalau hujan turun mencurah2 mcm ni..silap2 gaya tetamu pon tak nak dtg sebab hujan lebat…isk isk….tapi kalau ubah agenda open house tgh hari pon, for sure yg dtg petang jugak…we just wait and see la…minggu depan boleh la contact kakak nasi tomato tu, jgn dia terlupa pasal catering tu sudah…sekarang semua org still in raya mood…so tak leh nak kacau2 sgt…buang karan je..oh one of my client bunga telur nak bertunang esok…jgn lupa hantar sms selamat bertunang mlm ni…semoga berkekalan ke jinjang pelamin..(come to think of it..kenapa org sebut jinjang pelamin ek…apa maksud jinjang…mcm leher yg jinjang..means tinggi dan panjang ke? ahaks….)
I’m going crazy over this heavy rainy festive season…cakap pon dah merapu…nak sambung jahit manik…org dah raya pakai baju raya ke sana ke mari…I’m still terhegeh2 jahit manik kat baju…oh God! Somebody help me get over this crazy weezy feelings….waaarrgggghhhhh…
Aidilfitri Season

Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung blog homemakerdiary.
Maaf Zahir Batin atas segala salah silap semasa menulis di blog atau yang ditinggalkan di komen blog masing-masing.
Andai ada terkasar bahasa, menyinggung hati mana-mana pihak.
Maaf dipohon di atas segala kekurangan dan kesilapan.
Semoga Hari Raya kali ini memberi makna baru dalam kehidupan.
