Archive for 2006
Bunga Dulang Kain Stokin
Ni ada lagi sample bunga dulang mini, mini sebab size nya tak full la..kalau letak sebelah bekas cincin ke tak de la tenggelam dek bunga dulang. Tapi kalau nak yg full size boleh tambah kan lagi bunga2 dan hiasan. Kebetulan ada visitor to www.bungatelur.com request nak tgk sample bunga dulang…so dah amik gambo and edit terus la masukkan sekali kat blog. Mana la tau ada yg berkenan or nak tambah idea2 bernas…nak bagi cadangan nak buat bunga bentuk apa ke..ye la balik2 bentuk bunga sama je…tgh mencari ilham bunga apa yg sesuai nak dibuat..selain dr lili, ros, bunga2 biasa 5 kelopak ni kan…jgn la bagi idea bunga matahari tu sah2 payah nak buat…idea yg praktikal dan kos pon tak melambung sgt…ok..hehehe..ok la nak terus kan usaha mencari ilham..kali ni nak buat theme gold pulak…fully gold ke…sesuai la sapa2 nak kawin ngan anak raja..hahaha…
Selsema Datang Lagi
Sejak Khamis lepas tak sihat, demam dan selsema, kejap rasa baik tapi badan masih lemah..tapi sempat lagi merayau sampai IKEA..hehehe..tapi not in excited mood la sebab sakit kan..keje2 bunga telur pon tergendala sejak sakit ni…ni rasanya dah makin baik…tapi hidung still tersumbat..susah nak tido dgn selesa..kena bernafas ikut mulut…bibir pecah2 kering, hidung pon berkopeng2….bila dah sakit ni baru la rasa indahnya kesihatan yg tuhan bagi…
Recipe Mee Tulang

Kepada yg berhajat nak recipe mee tulang ni..ini la dia..tapi sukatan tak de ek..pandai2 la korang adjust sendiri..
1. Rebus tulang rusuk sampai empuk dgn halia yg dihiris tebal2. Tak yah letak garam.
2. Blend cili kering yg dah di rendam bagi kembang, dgn bawang merah besar dan bawang putih.
3. Tumis cili dan bawang yg selamat diblend tu bagi betul2 garing.
4. Dah garing masukkan kicap cair, kicap pekat, sos cili megi, sos tomato megi, cuka garam gula secukup rasa.
5. Masukkan air rebusan tulang dan tulang2 yg dah empuk tu. Kalau tak cukup daging, letak la daging pejal yg dah di hiris2. Boleh campor dgn fish ball utk menambah lauk di dlm kuah.
6. Hidang dgn mee yg dah dicelur, tauhu goreng yg dah dipotong, sawi n tauge yg dah dicelur, telur rebus, tomato, daun sup, cili merah .
Senang je kan..boleh la cuba….
Calla oh Calla
Client sudah kasik green light setuju nak proceed ngan calla cream ni..so lepas ni bolah la meneruskan usaha memintal dawai dan membalut kain stokin..ada request tambahan letak kuning2 glitters kan bhg tgh bunga tu plak…tapi yg musykilnya cemana nak letak glitters tu..ishh dah lama rasanya tak guna glitters ni tambah lagi kalau yg siap bergam tu…last sekali guna benda2 glitters ni time form 1 dulu, tu pon yg dalam tiub ada siap bergam..mahal tu kalau nak guna utk bisnes..kena cari alternative lain ni cemana nak jimatkan kos tapi hasil nya cantek menawan…
susah jugak ek keje2 yg memerlukan kemahiran daya kreatif ni..time keje dulu rasa susahnya keje kat opis kena perah otak cari solution siapkan keje..dah tak keje mkn gaji pon rupanya susah jugak ek…mcm dlm citer labu labi..selagi tak tutup mata, kerja kerja….. kerja…tapi kalau tak buat apa2 keje pon susah gak, hari2..rasa bosan je…otak pon mcm lembab sebab tak digunakan..hari2 mkn tido tgk tv 24 jam mana leh jln ek….
so marilah kita buat research hal2 berkaitan glitters ni…agak2 kalau gaul glitters ngan gam biasa bdk2 tampal kertas tu buleh melekat tak kat kain stokin ni…kena experiment ni….mana nak beli glitters…nak cari glitters, nak cari glitters…(ikut tune nak cari kayu, nak cari kayu dlm Labu Labi ok)….
Bunga Dulang Calla Lily Oren
Ini la hasilnya setelah di cantum bunga2 calla lily yg dah siap tempoh hari. Masih mengekalkan konsep clean and simple, jadi tak byk la hiasan yg di cantumkan sekali. Tambah lagi warna oren tu dah cukup meriah, nanti bila ditambah organza dan riben jadi over pulak kan..hehe..so boleh la sapa2 yg tak de idea lagi mcm mana nak hias hantaran..ye la ni bulan 4-5 ni ramai la yg nak kawin kan..utk yg nak save budget boleh cuba buat sendiri..sapa yg tak berjaya nak buat sendiri tu, jgn malu2 boleh contact kontraktor bunga telur…sila jangan malu2, lawat la www.bungatelur.com. Tempahan boleh dibuat bergantung pada budget. Kalau budget sederhana kita cuba sedaya upaya buat yang within budget dan still cantik dan exclusive. Jangan risau tak de design yang sama..mesti ada kelainan walaupon harga berpatutan…hehehe..