Archive for 2006
MALASSSSS…
Bila penyakit malas mula menyerang, aduh terseksanya jiwa, malas nak pegi gym tapi pegi jugak, malas nak masak tapi masak jugak, malas nak mandi tapi kena mandi jugak, malas nak berkebun tapi siram pokok jugak, malas nak basuh baju tapi kena basuh jugak, malas nak berkemas rumah..hehehe yg ni mmg tak kemas la..time rajin pon tak kemas, apatah lagi time malas melanda…
Kenapa ntah tiba2 je dtg balik penyakit malas ni, rasa tak de mood je nak buat apa2..or maybe sebab byk sgt benda nak buat sampai terus hilang mood nak buat apa2…kalau di ikutkan rasa malas tu mmg satu benda pun tak buat..kalau malas nak buat bunga dah tu apa jadi ngan order customer kan…tak leh tak leh..tak leh dilayan rasa malas ni…kena cari motivation baru supaya hilang rasa malas ni, dan jumpa semangat yg hilang..mcm lagu la plak..
Esok dah tak boleh malas..kena rajin2…oh baked salmon dah siap..nak pegi mkn dulu…mkn pon tak boleh malas2…hehehe…blum masuk monday lagi dah monday blues…tak boleh malas…tak boleh malas…
Jusco Taman Equine
Semalam pegi opening Jusco, time pegi tu dalam kul 5 lebih tak la ramai org sgt, still ok lagi la nak cari parking, kebetulan hubby pon tak keje…overall tak de la best sgt sebab tak byk pilihan, tak mcm Jusco Mid Valley..tapi boleh la kan..ada jugak brg2 dia yg carrefour Alamanda tak de, tapi kat sini ada..mcm filo pastry, fresh herbs..cewah..boleh la cuba masakan baru lepas ni…
Barang2 lain ok je la..cuma ada counter Ralph Lauren and a few cosmetic and fragrance lain, tak perasan plak SK II dgn Biotherm ada ke tak..ramai sgt org yg merayau2 dlm Jusco tu though bukannya ada sale discount percent2 pon..setakat ada la flat price RM5-15 camtu…tapi tak sale pon MQ beli pinggan claytan 5 bijik..ye la design yg sama mcm kat umah, tapi 10 inggit dpt 5 bijik..ok la tu kot2 bila2 nak buat mkn2 lagi…apart from that beli groceries skit then masak mee goreng basah semlm…tgk Hubby mkn berselera betul…mana taknya dah lama MQ tak masak kat dia…ok la lepas ni boleh masuk dapor balik…
Dah habis round almost semua tempat dlm shopping mall tu, nak balik la ni..dekat sejam tersangkut kat jln keluar..geramnya la sampai sakit2 kepala..padahal umah dekat je tapi nak keluar dari parking tu yg terhegeh2…kereta yg nak masuk pon beratur panjang..apa la semua org nak dtg Jusco ni…kat jln besar kiri kanan jln semua org parking sesuka hati…apsal polis tak saman aaa? padahal balai polis depan mata je…kalau la selalu macam ni kena pindah umah lain ni..rimas la nak masuk simpang ke rumah sendiri pon beratur panjang camtu..ni dgr kata Siti nak dtg menyanyi plak ni ntah hari Sabtu ke Ahad, sure bertambah ramai org lagi nak dtg…aarrgghhh tension…
So overall lepas ni serik dah tak nak pegi tempat2 yg first day opening..patutnya best pon terus jadi tak best…tunggu la sebulan dua dah reda skit org, baru nak pegi balik..actually ada byk jugak kedai best2 kat dalam tu, cuma sayangnya tak de kedai buku mcm MPH ke..MyNews.com tu pon dlm list ada, tapi rasanya maybe tak bukak lagi…have a good weekend everyone…tata!
Corsage Bunga Stokin
Yeay akhirnya mission calla cream dah selesai..sudah masuk dlm kotak sekali dgn last order utk corsage…seb baik nak bunga aje..kalau nak corsage dah siap..naya la..mau 2-3 mlm ni berjaga lagi…
Then mlm Rabu dpt pegi kelas body balance..tapi baru sedar rupanya step dia sama je…tunggu sebulan dua lagi baru dia ajar step baru..step sama pon time yg step susah2 tu still terkangkang gak sebab tak balance…hahahha..susah tau..esp. yg kena control abs…
Oh gambo di sebelah ni utk corsage reunion sekolah…dinner September ni..utk AJK nak pakai la ni…tak tau la diorang berkenan ke tak..kata nak tulip, and nak design yg simple..tapi kalau tgk dlm gambo tak nampak sgt cm tulip..nampak mcm kudup bunga ros pon ada…hahahha..ni first trial je ni..

Then dah buatkan bunga utk corsage tu cuba la buatkan sekali dgn kipas duit..nak guna duit 5 inggit mcm syg…so guna duit singgit je…tak match la plak warna hijau2 dgn biru singgit tu…tapi tak kesah la sebab nak cuba size bunga tu sesuai tak utk corsage sebab customer kata nak size lagi kecik dr bunga pahar and dawai bawah tu lebih panjang..
Dalam gambo ni tak nampak sgt calla cream tu sebab tersembunyi sebalik riben putih..nak snap lagi dah malas sebab nak test je pon..oh bunga calla purple silver pon dah ada sebatang yg siap..itu utk entry esok la plak…entry kali ni corsage je..
Oh…esok, I mean Khamis, Jusco Tmn Equine depan rumah nak dibuka…dah ajak hubby nak pegi lepas dia balik keje…heheheh..tak sabar ni..nanti boleh la jadi pengunjung tetap..bosan2 je pegi Jusco, lepas ni nak mkn2 pon senang semua dah ada kat situ..tempat mkn favorite mcm Sushi King, Secret Recipe, Teppanyaki…kan best kalau Fitness First pon ada kat situ..tak yah nak pegi jauh2 utk work out…
Till another day, take care people! Yeay! I can rest this whole weekend….
Almost Done
Bangun je tido tgk email client ada request baru, mintak buatkan bunga calla lili aje 30 pieces utk dia buat corsage nak bagi kat org2 penanggah…mula2 balas email ckp kata tak janji dpt buat..ye la walaupon bunga aje tapi kalau dah suntuk masa takut tak sempat plak nak buat..dari kata boleh tapi akhirnya tak boleh, baik ckp awal2 kan…tapi client berharap sgt2..
so mlm Selasa bertungkus lumus jugak buatkan..esok siap la ni…i mean hari Rabu, kalau tak pon Khamis sempat lagi, dah tak byk benda yg nak disiapkan..Rabu tak jadi la puasa nazar, nasib la bukan bernazar nak puasa berturut2…Selasa siang agak letih sebab basuh kain 3 round, masak simple2 n puasa…letih turun naik menyidai kain sampai bunga pon tak dpt buat byk, that’s why ganti time mlm, lepas je tgk Charmed Finale, marathon habis2an sampai kul 4:30am, tu pon sebab dah lenguh jari jemari, dah naik urat2 kat tgn…kaki pon sampai kebas2..so decided nak berenti rehat, tak sabar nak pegi kelas Body Balance mlm Rabu, boleh release skit tension, nak kena pegi cepat2 ni takut ramai org, nanti tak dpt stub utk masuk kelas tu…
Well, gambar raga ni sambil2 buat bunga hari Isnin, ni should be projek lepas settle bunga calla cream ni, tapi saja je divert attention ke warna purple ni kejap, geram tgk mcm2 range of ribbons yg dibeli, nak kena cuba jugak..lagi pon nak snap pic utk tunjuk kat customer mcm mana rupa raga yg dibeli..lepas ni once customer dtg hantar brg2 hantaran boleh la cuba idea2 lain pulak..agak2 sempat tak nak rehat seminggu dulu sebelum sambung buat projek purple ni…nak rehatkan tgn dulu…hahaha..
Ok la nak masuk tido dulu, org dah nak bangun pagi pegi keje, MQ baru nak masuk tido…till later ok..tata!
Bunga Stokin Calla Kuning
Bunga calla kuning ni mmg di order 20 btg je..eventhough minimum order should be 50 tapi sebab client tu dah order bunga lain 100 btg…kira ok la utk entertain dia punya request..so this Saturday boleh selesaikan urusan calla lily ni..bagi kat tuan dia..selesai satu perkara, then boleh berubah warna pulak ke purple utk majlis bertunang bulan 8 ni…letih la lately hal2 meniaga bunga ni..mmg dah confirm habis je urusan purple ni nak berehat utk sebulan…kalau ada order yg dtg pon terpaksa la di tolak dulu…
Oh good news Hubby dah dpt berita hal keje baru dia tu, confirm everything went smoothly, hal medical check up pon dah selesai, sekarang tinggal urusan ngan company bila dia boleh masuk keje baru…as usual notice period 1 month..MQ tersangat la happy for him, dah lama dia aim nak keje di tempat baru ni, so starting Tuesday, MQ akan berpuasa 3 hari sebab dah nazar hari tu…in a way sama jugak selalu siang2 pon bukan nak mkn apa2..so might as well puasa je…hehehe..
Hari Rabu ni rasanya nak pegi kelas Body Balance, tapi tak tau la larat ke tak, nak rush especially kalau Rabu tu puasa, nak mkn kat mana pulak kan…tapi sayang la kalau tak dpt join sebab this week mesti ada kelas sambungan dr movement yg di ajar minggu lepas..hehehe..mcm addicted la plak nak buat yoga, pilates n tai chi tu…yoga mat pon dah beli, ada bola sekali tapi tak de masa lagi nak try dgn video yg di download..tak pe break one month nanti boleh layan habis-habisan…
byk nya plan yg nak dibuat time break tu…dah siap mcm2 aktiviti cuma masa je nak buat tak tau bila…tak sabar nak cuti, yeay!