Archive for 2006
A Wednesday Morning
Tiba-tiba je bangun awal pagi Rabu ni…bukan apa semlm letih sebab terbangun amik courier, pastu tak berenti jahit mengkuang, mlm pulak ada client dtg rumah…bila tido tak cukup terus jadi letih nak stay up, kul 1 dah masuk tido…
Bagus jugak sebab supplier souvenir kata dia dah post sample ptg semlm, so probably hari ni ada lagi incik courier dtg antar brg..tak sabar nak tgk sample souvenir…
Lepas bincang dgn client semlm maybe ada idea baru nak buat utk bunga telur, cuma tak kira lagi budget berapa utk bunga telur yg dia nak, if within budget boleh la diteruskan ordernya..nak guna end august…kon mengkuang pon maybe dia nak jugak, tertakluk pada perubahan yg supplier boleh buat to the kon..
I think macam kena postpone je plan nak cuti sebulan, ntah2 awal September baru dpt cuti..tu pon kalau tak dpt order utk bulan 12 nyer wedding season…what to do, nak buat bisnes mcm ni la, kalau dah ada org tempah takkan nak tolak plak..bak kata client semlm…org mengharap sgt2 certain benda tu utk wedding dia, kdg2 tu rasa jugak mcm tak nak dah la terima order tapi ye la kalau client tu dah sungguh2, ada yg sanggup dtg cari rumah semata2 nak tgk apa brg nya mcm tak sampai hati nak hampakan harapan org tu…
Well that’s it for today, bila bangun pagi ni otak mcm tak semangat, takes time nak warm up dulu..might as well sambung jahit mengkuang..almost 50 dah dpt jahit semlm..laju gak ek…hehehe..selamat bekerja people, jgn malas2, jgn mengular..tak bagus…hahahha..
Mengkuang Oh Mengkuang
Terjaga tido hari ni sebab rasa mcm ada courier hantar brg, jenguk di tingkap bilik, yeee mmg betul..sebesar2 lori Nationwide dok menunggu depan pagar…aisey..kelam kabut sebab lori tu dah nak blah..sure lama dia panggil..sori la incik courier saya tido…hehehe..buruk perangai..kul 12 lebih dok tido lagi..nasib la kan…kul 6 lebih baru masuk tido..semlm pulun buat bunga dulang..tu pon belum siap, dah dtg barang baru nak diusahakan..
Lega rasanya bila stok dah dtg…so terus bukak package, wah…byk nya mengkuang sekeping2…jenuh la nak jahit ni…sakit la jari..dlm 15-20 minit tu dpt la menjahit 4 kon, warm up dulu..lama2 baru laju..naik atas customer yg order cone tu call…kesian dia dok mencuba get in touch tak dpt..ckp kat customer tu brg nya dah sampai..dia kata 2 minggu la siap kan..fuh..seb baik dia kata 2 minggu..kalau dia nak dlm seminggu..naya je..dia mintak akaun no nak masukkan duit…dlm 50% gak..ok la tu leh bayar kat supplier…
At least bila dah ada duit deposit ni confident la skit kan..zaman sekarang ni bukannya nak berkira tapi byk jugak client yg suka buat taik..order2, janji gitu gini, pastu tak nak amik plak brg nya…cuma tak penah la lagi jadi kat MQ…tambah order lagi ada la…hehehe rasanya sebab type of business that I do kot..kalau most of biz yg dijalankan fully jual brg on the Internet mmg selalu kena kes camtu…Alhamdulillah la agaknya sebab ada personal touch in the biz deal tu so far takde la lagi kes tipah tertipu ni…(adakah bungatelur.com memilih client…hahaha..mungkin jugak)
Well nak get back to the pack of mengkuang..byk tu..ada 96 keping lagi nak jahit…waaaa..sapa nak tolong????!!!!
It’s Weekend Again II
Bestnya kalau weekend ni dpt berjalan, tapi apa kan daya kerja dan kerja yg dah dijanjikan utk disiapkan menanti…bila buat bisnes sendiri ni mcm ni la, tak kira siang mlm, hari minggu ke hari keje ke..sama je..selagi kerja tak siap selagi tu la tak senang hati, tido mlm pon teringat2 to do list and all sorts of ideas seem to be popping in mind..
Kalau tak de apa2 pon still have things to do during weekend, kalau tak pegi jumpa client, client dtg jumpa kita, hahaha..plus kena beli brg utk stok lagi, or apa2 la yg mesti dibuat time weekend tu…I wish boleh lazing around tak buat sebenda pon sampai bosan2 kepala, layan DVD ke sampai berair mata…tapi bila fikir balik kalau tak buat apa2 nanti tak mendatangkan hasil pulak..what a waste of time when we let it go by without reaping any benefit..plus for me masa muda ni la nak kejar semua benda so that bila bisnes dah stabil leh goyang kaki, pegi jln mkn angin suka hati sambil2 tgk peluang baru yg ada…
Oh terbaca dalam forum di wanitamelayu.com pasal citer Awie kawin lagi satu kat Siam, siap ada gamba dia berjabat tgn ngan jurunikah tu plus gambo sarung cincin dan gambar berdua dgn bini baru dia…selamba je pakai songkok, baju ngan jeans hitam..mmg gaya kawin koboi la…apa la agaknya perasaan bini dia Arni tu kan…
Apa2 hal hidup kena diteruskan..mcm hidup ku yg bz ni jugak..oh ada plan baik nak jual rempah basah ke Jepun..mana la tau kan…buleh gak org2 sana buat mkn time open house pakai rempah Melayu, member di sana kata yg ada pon byk produk Indon, tu pon nasib ada tanda halal..cuba pulak rempah asli buatan Malaysia ni…kot2 leh mengubat hati yg rindu kat masakan Malaysia..bila jauh beribu batu, bukan kuarga je yg di ingat, makanan pon teringat2 jugak…citer nak pegi mkn spicy beef foldover kat Mc D pon member tu dah sedih…tak pe la tak lama lagi balik la tu..mkn la puas2..
Guruh di langit pagi buta ni mcm gaya nak hujan, mintak2 la hujan..dah panas sgt dah ni..selamat berehat di hari minggu!
Perencah Mee Bandung
Malam Khamis penjual rempah mee bandung Muar yg MQ kenal kat forum wanitamelayu.com dtg menghantar pesanan. Lepas tu dlm pukul 10 member lama dtg bawak koleksi kaftan, dia cadang nak buat bisnes secara online sambil2 jual jugak secara biasa ni.
Ok je la sebab mmg bercadang nak buat bisnes batik pun, cuma plan nak kembangkan ke overseas particularly to Europe. For starters boleh la cuba amik2 gambo kaftan yg ada and in the meantime siapkan template utk website batik tu…member tu kakak dia keje kat Kelantan and mmg selalu ulang alik turun KL. Bulan depan bawak stok tudung pulak..MQ awal2 lagi dah booking.. ye la kalau harga below 30 inggit mmg boleh sgt la nak beli, apa2 hal mmg nak kena pakai tudung pon kan..sambil buat bisnes boleh bergaya sekali..hehehe..
Gambar mee bandung kat atas ni sebab nak bagi kat kawan bujang di apartment depan, dah ada perencah mee bandung tu apa lagi mesti la cuba..tapi mcm terkering kuahnya..ye la first time try masak mee bandung pakai perencah segera ni so tak tau nak budget cemana…hubby kata sedap..sampai cadang nak bukak gerai buat mee bandung pakai perencah segera..plus perisa dah cukup, mmg tak tambah langsung garam gula..kira utk org yg baru2 cuba nak masak elok sgt try perencah ni..
Next time kalau beli lagi mmg dah tau la byk mana air nak guna, plus better masak guna periuk dr guna kuali..senang nak tambah kuah, n maybe next time celur mee asing, so bila rasa nak mkn mee tu tak de la kembang cepat…buleh la jadi menu utk mkn2 bulan 8 ni…hahahha
Sapa2 terasa nak cuba perencah mee bandung ni boleh la contact..mcm biasa la tinggalkan komen then i’ll get back to you..dah malas nak letak email address kat blog ni sebab byk sgt email spam…later ok…lepas ni tunggu sample kuih raya, serunding, kerepek dan kek lapis plak..bila masuk forum tu ramai plak ahli peniagawati, kebetulan nak cuba utk mkn sendiri, kalau sedap jual je la kat org lain yg nak…raya pon dah dekat ni…senang dah tau stok kuih raya mana yg best….nanti MQ promo kalau betul2 sedap…kalau tak sedap tak nak aa promo…kualiti dan rasa mesti kena jaga..ye tak..hehe
Lagi Gubahan Purple
Semalam pegi kelas Body Balance, rupanya last week yg terlepas tu instructor lain yg take over, instructor selalu tu bercuti, apa lagi semlm dia amik peluang nak work out habis2an…tungging terbalik la semua org, hari ni sakit semua urat2 badan, dah la puasa nazar plak tu…alasan tak yah masak sebab sakit badan n puasa..hahahha..actually Pilates ni lasak jugak movement dia, yoga ok lagi cuma kalau power yoga tu lagi challenging la, time buat balance nyer movement menggigil2 semua kaki tangan, tak dpt nak balance…jgn ingat badan tak berat senang nak balance kan..tak cuba tak tau..
Anyway semlm amik gambo gubahan yg dah siap, selalunya camtu la rasa mcm dah siap tapi bila duduk tu ada aje nak tambah itu ini…selagi bahan ada, rasa tak lari tema boleh aje belek2 lagi..sampai puas hati…

Dah siap dah balut kotak utk letak tafsir ni..rasanya kalau nak mudah letak je la tafsir atas dulang, tapi bila letak dlm kotak lagi ok sebab senang org yg nak angkat tu, tak de la cuak2 plak sebab kena angkat tafsir..
Then yg di atas tu bunga hiasan utk kotak kek, client tak nak letak bunga dulang yg besar so buat je bunga tema yg sama lekat kat tgh2 kotak tu..
Tinggal shirt je yg tak digubah lagi..ini pon rasanya nak letak dlm bekas berkotak jugak..senang skit sebab client nak angkut balik majlis jauh, kalau main letak2 atas dulang aje nanti susunan dah tak sama, riben yg di ikat pon ntah2 terburai nanti..tu semua nak kena pikirkan praktikaliti..cewah..

Ni la rupanya kotak kek yg dah siap di mekap…dah tak nak belek apa lagi dah..dah tak de ruang nak tambah apa2 embellishment lagi…nanti lagi berserabut kalau terlebih hiasan..
Nak cari plastik je nak simpan semua2 gubahan yg dah siap…senang sikit leh letak ke tepi tinggal tunggu masa utk delivery…
Lepas tu nak amik cuti panjang…sebulan tu kira panjang ke..hahahha…tapi time cuti nak pegi kelas menjahit, pastu nak buat project beading, nak layan DVD, nak masak2…nak baca buku citer…waaaa…mcm tak bercuti je…ntah la bila boleh bercuti….