Rose Daun Getah

Kelas Bunga Dip Februari 2010

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 6 Februari 2010, Sabtu
Masa: 2:00 – 5:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)
Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke [email protected], atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang berminat.

Deposit 50% diperlukan. Bayaran deposit tidak akan dikembalikan sekiranya gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Dah baper hari membuat sample utk bunga daun getah ni..hari ni satu client sudah puas hati..memandangkan dia dah order daun getah cream dan maroon and nak menggunakan sepenuhnya dedaun itu…dtg la idea nak combine dua jenis kaler jadi sekuntum rose…ok jugak..asyik satu kaler je kan..kita buat kelainan skit…so dah finalize la nak design camni utk bunga paharnya…lega rasanya..walaupon berhari2 dok buat memacam sample, bila client kata canteknya..suka yg ni…fuhhhh..rasa puas hati betul la…hehehe…dah selesai hal bunga pahar ni, client come out request utk VIP guest plak…ada dah beberapa idea menarik nak dicuba..and as usual, benda yg nak diguna tu sure tak de..heran betul..beli stok selalu tapi bila time nak come out ngan benda baru sure bahan tak de…kalau la ada satu kedai reben sendiri kan senang..terasa nak buat design baru je, amik brg je kat kedai..heaven betul kalau camtu…hehehe…harap2 satu hari nanti buleh jadi kenyataan..ada gifts and craft shop sendiri…Amin…

Balang plastik kuih raya utk aktiviti kraf kat forum wanitamelayu.com pon dah siap..tu la hasilnya bila buat keje multitasking ni..boring buat bunga beralih sudut ke kraf balang plak…kalau tgk living hall tu sekarang..tuhan je la tau cemana serabutnya..yg kat sofa pulak dah penuh ngan benda2 hamper kurma…tak pe by mlm kamis buleh settle hal hamper kurma tu…sebab dateline hari jumaat, syukur semuanya ok, janji ngan tokey kurma pon dah selesai..dpt dah kurmanya…puas hati la..and maybe nak jumpa lagi sebab kebetulan ada deal utk buat kotak plak..suka betul bila dpt selesaikan urusan n dpt pulak info utk benda baru…utk kotak kurma tu kalau order minimum 500 kotak buleh tempah kotak ikut label syarikat…in fact kalau nak kotak sahaja utk brg2 company sendiri pon supplier tu buleh buatkan..sebab diorang mmg ada kilang printing sendiri…rasanya nak jugak buat kotak berlabel bungatelur.com…sort of promotional move and branding effort jugak la ni…tgk la cemana..perbincangan lanjut minggu depan sebab tadi rushing nak pi gym…

Hopefully everything will be settled down by early September..nak bercuti ni…byk hobi baru menanti…Swarosvki yang baru beli kat ebay pon tak sempat nak belek2 lagi…plus buku beading dah sampai..this time lebih comprehensive..ok la nak tido awal skit..letih tadi setelah sebulan tak join kelas Body Balance, tiba2 join plak mlm Rabu…nasib la instructor tak buat move baru..kira refresh movement lama..that’s it for Wednesday update…have good day in the office people, esok nak bertungkus lumus siapkan hamper kurma…later ok..adios!

20 comments

  1. ada tunjuk dalam TV baru2 ni perusahan buat bunga telur guna daun getah ni.. dari petik daun tu sampai siap kuntuman yg telah di gubah..

  2. Hi,
    kalau saya nak tempah bunga ros daun getah sebagai bunga dulang boleh tak? reply kat my email k. thanks

  3. zulie, saya dah cuba send email tapi email address tu invalid..nanti kalau zulie baca komen ni please tinggalkan email add yg betul yer..thanks!

  4. nurhana, tahun ni saya dah tak amik tempahan lagi..cuba tgk2 web/fotopages org lain, kot2 ada yg buat n terima tempahan bunga pahar daun getah ni..

  5. hi kak, masih bole order yg bunga telur daun getah untuk tahun nie tak? berapa eh untuk 100pcs kalau boleh?

  6. Assalamualaikum,

    Saya sedang mencari product bunga dari daun getah untuk dijadikan bunga pada hamper hari raya . Jika boleh hantarkan kepada saya contoh2 koleksi bunga dari daun getah puan. Sertakan sekali mengenai harga, no telefon dan alamat puan sekali.

  7. cantiknyer bunga getah akak ni.. lain sket dr yg lain.. tp leh x sy tanyer mana nk dapatkan daun getah tu dgn banyak?

  8. salam…saya ada menjual daun getah yang siap diproses dengan pelbagai saiz dan harga….sila SMS 0194959392 untuk sebarang pertanyaan..Harap Maklum. 🙂

Leave a Reply to kurinaCancel reply