Dah baper minggu beli rempah kari segera dari tokey rempah yg rumahnya kat taman belakang ni..hari Khamis baru la berjaya nak masak2…
Mmg superb dan senang..sapa tak penah masak kari pon mesti jadi punya..ye la main rebus air je..pastu campak rempah, buh ayam or daging…utk kesihatan tak yah pakai santan pon…bawang besar, kentang dan cili merah tu menambah seri dan rasa je tu…sebab senang sangat..mcm rasa guilty plak tak de effort..tu yg buh mcm2 tambahan tu…tapi yg ni MQ mmg pakai santan sebab dah bukak kotak baru utk buat kuzi…oh kuzi tu pon pakai rempah segera jugak..tapi utk kuzi ni kena gak la blend bawang dan halia..tumis bagi harum..
Ni gambo sebelah ni set makanan hari Khamis, nasi daging, ayam kuzi, acar timun dan kari daging…mmg senang dan sedap la hasilnya..bak kata hubby kira kalau org yg mmg fail masak kalau guna rempah ni buleh sgt la nak bagi mak mentua mkn…hahahha…
Lepas ni buleh cuba buat pecal pulak…dah lama jugak rempah pecal tu, tapi bahan2nya tak dibeli..maybe boleh cari kat pasar mlm esok apa yg patut..ye la dia kan pakai ulam2 kg ni…takkan nak buat pecal letak sawi ngan tomato plak kan…hik hik…
Mlm ni nak tido awal..sebab ni je peluang nak tido puas2…hari sabtu nak kena bgn awal sebab tunggu poslaju..tak serik2 kan..suka sgt beli pos ni…ni nak tunggu chip stone dari tokey kristal n ubat2 akar kayu..kot2 la berkesan utk resdung ni..tak nak pantang mkn so terpaksa la cari ubat..hari ahad dpt la landing habis2an…tapi letih la kalau tido lama2 ni..nanti otak jadi lembab je..oooo esok nak masak asam pedas pakai rempah segera jugak…nak tgk sedap tak..tunggu la gambar hasilnya ok..siap beli daun kesum ngan bunga kantan tu…nyum nyum…lama tak masak terus marathon masuk dapor seminggu ni..hihihi…
mak aii..
moleleh air liur den hehe
cam ner nak call MQ ?
“saaayaaaannnngggg dia…” << hubby MQ cakap.. hehehehe...
saya belum pernah makan ayam kuzi,sebenarnya kuzi itu bumbu jenis apa?bentuknya seperti apa?
thank u.
Rempah kuzi tu mcm serbuk kari jugak rupanya, cuma ada bahan2 special mcm bawang goreng, badam,serbuk buah pala etc.
sy juga ade menjual rempah kuzi segera..harge rm3.50 sahaja..