Kelas Bunga Dip/Decoupage Januari 2010
BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan.
Jadual kelas adalah seperti berikut:
Tarikh: 16 Januari 2010, Sabtu
Masa: 2:00 – 5:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)
Yuran: RM100Terhad kepada 6 peserta
********************************************BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat seni decoupage di atas mug seramik. Semua bahan akan disediakan.
Jadual kelas adalah seperti berikut:
Tarikh: 17 Januari 2010, Ahad
Masa: 3:00 – 5:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)
Yuran: RM60Terhad kepada 10 peserta
Sesiapa yang berminat, sila email ke [email protected], atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang berminat.
Deposit 50% diperlukan. Bayaran deposit tidak akan dikembalikan sekiranya gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.
Untuk melihat contoh bunga dip / decoupage yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com
Akhirnya dpt jugak upload gambo, dari tadi try tapi rasanya blogspot ni ada problem skit…client request nak save gambo sebab tak dpt nak save dr email ofis..hehehe…
Semlm menggodek2 kain pelikat ni, mula2 nak buat bentuk labu, tapi nampak tak kemas sebab byk lebihan kain..so belek2 majalah koleksi hantaran pengantin Volume 1 Karangkraf tu, ada pulak gambo kipas dan bentuk2 4 segi di dalam kotak berbalut kain pelikat. Cuba je la at least lebihan kain tu leh lipat elok2 masukkan dalam kotak..lebih kemas..nak di angkut jauh ni balik utara..takut kalau jenis gubahan berserabut, terburai2 plak dlm keta….susah plak client nak adjust balik…
Ni pulak gambar lepas dah letak sekali ngan bunga dulang..baru la naik seri nya bila ada bunga2 hiasan tu, alas dulang je yg tak de..rasanya boleh kalau ada modal nak beli selai dua alas dulang net bermanik tu, satin bhg bawah tu boleh tukar2 je nak kaler apa yg sesuai..baru la cantek kalau amik gambo utk sample…
Dah survey kat plaza one city tapi dia ada yg net bermanik, kalau boleh nak cari yg organza, kena ask around la kat mana diorang dpt yg organza bermanik tu, harga pon almost twice harga net bermanik..
Lepas ni nak siapkan brg2 hantaran yg lain..senang skit kalau dpt selesaikan awal2…agenda dlm diary byk sgt, takut kalau tangguh2 keje last minit ada aral melintang plak…bila dah siap boleh la jejak kaki umah client plak..delivery la kan..dah time hantar brg client dah dtg ke rumah…
Ok la…hope client dpt la save gambo ni…time majlis nanti ntah2 tak sempat nak snap gambo…sibuk selalunya bila majlis sebenar…apa yg plan nak buat selalu terlupa or tak sempat…nanti ada set hantaran baru, akan di upload ke blog…
Memang kreatif tul la MQ nie.
Cantik dan kemas jer…
Nak tanya : MQ memang suka kaler purple eks??
Nak tanya 2 : Fitness Fit yang MQ join tu kat IOI ke??