Semalam pegi opening Jusco, time pegi tu dalam kul 5 lebih tak la ramai org sgt, still ok lagi la nak cari parking, kebetulan hubby pon tak keje…overall tak de la best sgt sebab tak byk pilihan, tak mcm Jusco Mid Valley..tapi boleh la kan..ada jugak brg2 dia yg carrefour Alamanda tak de, tapi kat sini ada..mcm filo pastry, fresh herbs..cewah..boleh la cuba masakan baru lepas ni…
Barang2 lain ok je la..cuma ada counter Ralph Lauren and a few cosmetic and fragrance lain, tak perasan plak SK II dgn Biotherm ada ke tak..ramai sgt org yg merayau2 dlm Jusco tu though bukannya ada sale discount percent2 pon..setakat ada la flat price RM5-15 camtu…tapi tak sale pon MQ beli pinggan claytan 5 bijik..ye la design yg sama mcm kat umah, tapi 10 inggit dpt 5 bijik..ok la tu kot2 bila2 nak buat mkn2 lagi…apart from that beli groceries skit then masak mee goreng basah semlm…tgk Hubby mkn berselera betul…mana taknya dah lama MQ tak masak kat dia…ok la lepas ni boleh masuk dapor balik…
Dah habis round almost semua tempat dlm shopping mall tu, nak balik la ni..dekat sejam tersangkut kat jln keluar..geramnya la sampai sakit2 kepala..padahal umah dekat je tapi nak keluar dari parking tu yg terhegeh2…kereta yg nak masuk pon beratur panjang..apa la semua org nak dtg Jusco ni…kat jln besar kiri kanan jln semua org parking sesuka hati…apsal polis tak saman aaa? padahal balai polis depan mata je…kalau la selalu macam ni kena pindah umah lain ni..rimas la nak masuk simpang ke rumah sendiri pon beratur panjang camtu..ni dgr kata Siti nak dtg menyanyi plak ni ntah hari Sabtu ke Ahad, sure bertambah ramai org lagi nak dtg…aarrgghhh tension…
So overall lepas ni serik dah tak nak pegi tempat2 yg first day opening..patutnya best pon terus jadi tak best…tunggu la sebulan dua dah reda skit org, baru nak pegi balik..actually ada byk jugak kedai best2 kat dalam tu, cuma sayangnya tak de kedai buku mcm MPH ke..MyNews.com tu pon dlm list ada, tapi rasanya maybe tak bukak lagi…have a good weekend everyone…tata!
ehem.. nanti surveykan jusco tuh ada nihonno tabemono no zairyo ek? supaya senang aku gi shopping bahan masakan jepun nanti kot teragak. hehehe