Recipe Mee Tulang


Kepada yg berhajat nak recipe mee tulang ni..ini la dia..tapi sukatan tak de ek..pandai2 la korang adjust sendiri..

1. Rebus tulang rusuk sampai empuk dgn halia yg dihiris tebal2. Tak yah letak garam.

2. Blend cili kering yg dah di rendam bagi kembang, dgn bawang merah besar dan bawang putih.

3. Tumis cili dan bawang yg selamat diblend tu bagi betul2 garing.

4. Dah garing masukkan kicap cair, kicap pekat, sos cili megi, sos tomato megi, cuka garam gula secukup rasa.

5. Masukkan air rebusan tulang dan tulang2 yg dah empuk tu. Kalau tak cukup daging, letak la daging pejal yg dah di hiris2. Boleh campor dgn fish ball utk menambah lauk di dlm kuah.

6. Hidang dgn mee yg dah dicelur, tauhu goreng yg dah dipotong, sawi n tauge yg dah dicelur, telur rebus, tomato, daun sup, cili merah .

Senang je kan..boleh la cuba….

2 comments

  1. salam kenal. Sori la ye saya kalau time takdak kerja suka menceroboh blog org. Tp ceroboh baik lah. Bestnya mee tulang.Yum yum..

Leave a Reply