Akhirnya, last weekend sebelum raya, cepat je kan masa berlalu, pejam celik, pejam celik esp. sejak bekerja ni, bgn pegi keje, balik dah mlm, then weekend..byk lagi yg plan nak buat tapi tak terbuat, still pikir nak sambung buat kuih raya ke tak, since tinggal hari Deepavali ni je nak wrap up all the scheduled tasks..nak gantung langsir, salin sarung sofa, gunting rumput kat laman, wah..macam2 ek nak buat, sempat ke…
Semlm MQ buat kacang goreng bersalut tepung, resepi ingat2 lupa sebab last time buat masa kanak2 remaja rasanya, bila di goreng, semua tepung tu tercabut..kenapa ek? sebab pakai tepung naik sendiri Blue Key kot..hahaha…hubby kata OK dah rasanya, first batch yg goreng tu hitam rentung, api panas sgt…hahaha…second batch onwards OK la…boleh la tu, nak sgt buat kacang bersalut tepung…lepas ni boleh cuba buat lagi, first trial biasa la byk yg tak jadi dr jadi…
Emm..kuih raya ada 4 jenis dah, tgh pikir lagi nak buat tak, sebab bahan2 ada lagi, ingat nak buat biskut peanut butter, biskut buah2 campuran, biskut hazel n biskut makmur….tapi yg malas nak initiate tu sebab nak kena goreng kacang without minyak n pisah2 kan sebab nak jadikan hiasan atas biskut peanut butter tu…then nak blend utk letak as inti biskut makmur…biasa la bila dah lama berenti buat kuih ni la bahana nya, plan je lebih, nak buat liat…hahaha…
OK la jam dah kul 2pm, lagi lengah lagi tak buat…nak pegi goreng kacang, kena teruskan usaha, sebab kuih2 yg dah buat 4 jenis tu bila dah dibahagi2 kan utk mak-mak, tinggal balance ciput je..actually bagus jugak sebab niat MQ tak nak membazir, kalau boleh biar semua kuih tu habis di mkn, baru la berbaloi segala tenaga…buat kuih ni hidangkan time raya buat syarat je, sebab sure ada main dish lain, bihun goreng ke, soto ayam ke…kan…
Well to those yang mengenali MQ n suami di dlm n di luar Blog world ni, MQ nak ucapkan Selamat Berhari Raya, Maaf Zahir Batin, jemput la dtg ke rumah bulan Syawal ni, Insyallah hujung2 minggu selepas raya tu ada di rumah, bgtau la awal2 boleh MQ prepare apa2 yg patut…Salam Syawal utk semua….
selamat hari raya to u and ady too from wek and lerk..hehehe 😀